KODE IKLAN DFP 1 Polis akan panggil Dr. Mahathir bantu siasatan kes hina Bugis | Newsummon

Polis akan panggil Dr. Mahathir bantu siasatan kes hina Bugis

KODE IKLAN 200x200
KODE IKLAN 336x280
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PERMATANG PAUH: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tidak menolak kemungkinan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes menghina masyarakat Bugis.
 
Menurut beliau, kenyataan Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu diperlukan untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan.
 
“Kita akan panggil beliau secepat mungkin, setakat ini saya sahkan terdapat beberapa laporan polis telah dibuat,” katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas menghadiri perasmian penutup persidangan polis bantuan di sini hari ini.
 
Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan ahli DAP , Datuk Zaid Ibrahim akan memberi keterangan esok di Bukit Aman berhubung siasatan mempersoalkan titah Sultan Selangor baru-baru ini.
 
Kata beliau, pihaknya memerlukan keterangan Zaid untuk melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948. 
 
 
KODE IKLAN 300x 250
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2
KODE IKLAN DFP 2