KODE IKLAN DFP 1 Perkhidmatan aerotrain KLIA pulih | Newsummon

Perkhidmatan aerotrain KLIA pulih

KODE IKLAN 200x200
KODE IKLAN 336x280
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pulih sepenuhnya sebentar tadi, selepas tergendala sejak awal pagi tadi berikutan kerja penyelenggaraan segera yang perlu dijalankan.
 
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memaklumkan, perkhidmatan di dua laluan aerotrain yang membawa penumpang dari bangunan terminal ke bangunan satelit itu pulih sepenuhnya pada jam 3.48 petang tadi.
 
Sebelum ini, satu daripada dua aerotrain berkenaan mula beroperasi semula pada jam 11.22 pagi tadi.
 
"Kami berterima kasih kepada pasukan kejuruteraan kami yang tidak henti-henti bekerja melakukan penyelenggaraan pembetulan segera kepada tren ini.
 
"Kamu juga menghargai kesabaran anda dan memberi jaminan pasukan operasi lapangan terbang kami di seluruh Malaysia bekerja keras untuk memastikan anda menikmati pengalaman yang menggembirakan dan lancar semasa musim perjalanan puncak ini," katanya dalam satu kenyataan.
 
MAHB awal pagi tadi memaklumkan perkhidmatan aerotrain itu terpaksa dihentikan seketika berikutan kerja penyelenggaraan segera yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kemapanan perkhidmatannya.
 
Justeru, MAHB menyediakan 16 bas bagi membawa penumpang dari bangunan terminal ke bangunan satelit bagi penerbangan antarabangsa.
 
 
KODE IKLAN 300x 250
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2
KODE IKLAN DFP 2