KODE IKLAN DFP 1 Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang | Newsummon

Kanak-Kanak Menangis, Jururawat Hamil Ditendang

KODE IKLAN 200x200
KODE IKLAN 336x280

SEORANG wanita bertindak menendang perut seorang jururawat ketika petugas tersebut ingin memberikan suntikan kepada anaknya yang berusia empat tahun.

Lebih mengejutkan lagi, jururawat yang berkhidmat di sebuah hospital yang terletak di Tongshan, Hubei, China itu sedang hamil enam minggu.

Menurut South China Morning Post, jururawat yang dikenali sebagai Zhu itu meminta kanak-kanak lelaki berkenaan supaya tidak bergerak bagi memudahkan suntikan itu diberi.

Namun, kanak-kanak tersebut meraung kesakitan dengan tiba-tiba membuatkan wanita berkenaan berang dan bertindak menarik rambut serta menendang perut Zhu.

Video yang menunjukkan perlakuan wanita berkenaan turut tular di negara tembok besar itu selepas kejadian yang berlaku pada 8 Disember lalu mendapat perhatian netizen di sana.



Akibat ditendang wanita berkenaan, jururawat yang berusia 38 tahun itu terjelopok ke lantai sambil memegang perutnya dengan tangisan.

Zhu yang ketika itu mengalami pendarahan dikejarkan ke jabatan obstetrik dan ginekologi hospital yang sama.

Hasil rawatan yang dijalankan, kandungan Zhu berada dalam keadaan yang bahaya dan kemungkinan akan mengalami keguguran.

Disebabkan perbuatan wanita tersebut membuat ‘kekecohan’ di hospital berkenaan tular, suaminya turut terkena tempias.

Suaminya, Xu Lianglu yang juga seorang pegawai di jabatan pengurusan bandar berkenaan terpaksa akur apabila diberhentikan kerja akibat tindakan isterinya itu.

Dilaporkan, kes tersebut sedang berada dalam siasatan pihak polis tempatan. – MYNEWSHUB.CC

KODE IKLAN 300x 250
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2
KODE IKLAN DFP 2