KODE IKLAN DFP 1 Guatemala negara pertama sokong Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel | Newsummon

Guatemala negara pertama sokong Baitulmaqdis jadi ibu negara Israel

KODE IKLAN 200x200
KODE IKLAN 336x280
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GUATEMALA CITY: Presiden Guatemala Jimmy Morales pada Ahad mengumumkan akan memindahkan kedutaan negara itu di Israel ke Baitulmaqdis, sekali gus menjadi pemimpin dunia pertama yang menyokong pendirian kontroversi presiden Amerika Syarikat berhubung status bandar suci itu.
 
Selepas bercakap dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Morales menulis kepada rakyatnya di laman Facebook yang berbunyi "salah satu topik paling penting adalah kedatangan kepulangan Kedutaan Guatemala ke Baitulmaqdis," dari Tel Aviv, di mana ia berada ketika ini.
 
"Atas sebab ini, saya memaklumkan kepada anda yang saya sudah memberi arahan kepada Kementerian Luar Negara memulakan penyelarasan diperlukan untuk memastikan perkara ini dilaksanakan," tulis Morales.
 
 
KODE IKLAN 300x 250
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2
KODE IKLAN DFP 2