KODE IKLAN DFP 1 Enam lelaki larikan lapan dulang barang kemas di Rawang | Newsummon

Enam lelaki larikan lapan dulang barang kemas di Rawang

KODE IKLAN 200x200
KODE IKLAN 336x280
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis memburu enam lelaki dipercayai terlibat melarikan kira-kira lapan dulang barang kemas dianggar bernilai hampir RM1.5 juta dari sebuah kedai emas dalam sebuqh pasar raya besar di Rawang, semalam.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Tey Kong Seng berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, empat daripada enam lelaki terbabit bersenjatakan dua objek menyerupai pistol, sebilah parang dan tukul besi.
 
Katanya, suspek yang memakai topi keledar dan berbaju hitam menyerbu masuk ke kedai berkenaan sebelum memecahkan kaca meja pameran dan melarikan barang kemas tersebut.
 
“Siasatan awal mendapati, kesemua suspek menunggang tiga buah motosikal sebelum empat daripada mereka masuk ke dalam kedai yang terletak di tingkat satu bangunan pasar raya besar terbabit.
 
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
 
 
KODE IKLAN 300x 250
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2
KODE IKLAN DFP 2