KODE IKLAN DFP 1 Siti Nurhaliza Dapat Gelaran Dato’ Sri Dari Sultan Pahang. Tahniah! Rezeki Baby.. | Newsummon

Siti Nurhaliza Dapat Gelaran Dato’ Sri Dari Sultan Pahang. Tahniah! Rezeki Baby..

KODE IKLAN 200x200
KODE IKLAN 336x280

PENYANYI Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Kurniaan darjah itu disempurnakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada pagi Selasa.

Siti, 38, menerusi posting di Instagram miliknya mengucapkan syukur atas kurniaan tersebut.


Siti Nurhaliza ketika penganugerahan di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Pahang.


"Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini.

"Semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada agama , bangsa , negeri dan negara patik.. Menjunjung kasih Tuanku," tulisnya.

Foto Siti Nurhaliza sedang menerima darjah kebesaran tersebut turut mendapat ratusan komen peminat yang mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersebut.

Malah, ada yang menganggap kurniaan tersebut sebagai rezeki anak kerana ketika ini Siti Nurhaliza sedang hamil empat bulan.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada penerima.

Sebelum ini Siti turut menerima penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Pahang yang membawa gelaran Datuk.

Sumber: Mstar Online 
KODE IKLAN 300x 250
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2
KODE IKLAN DFP 2