KODE IKLAN DFP 1 Lori balak terbakar, pemandu rentung | Newsummon

Lori balak terbakar, pemandu rentung

KODE IKLAN 200x200
KODE IKLAN 336x280
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
 
BANGI: Pemandu lori muatan balak rentung selepas kenderaan yang dinaiki melanggar treler sebelum terbakar di Kilometer 302 Lebuhraya PLUS dekat Bangi, 3.12 pagi, hari semalam.
 
Kejadian itu juga menyebabkan tiga lorong di kawasan berkenaan ditutup bagi tujuan pemadaman dan pengalihan kenderaan itu.
 
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.12 pagi sebelum satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
 
 
"Ketika tiba di lokasi kejadian api sedang marak di lori yang membawa muatan balak berkenaan.
 
"Api berjaya dikawal kira-kira dan mendapati terdapat seorang mangsa di bahagian pemandu lori berkenaan," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
 
 
Menurutnya, treler berkenaan turut terbakar dan pemandunya berjaya menyelamatkan diri.
 
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut," katanya.
 
 
KODE IKLAN 300x 250
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==
KODE IKLAN DFP 2
KODE IKLAN DFP 2